Wednesday, July 27, 2011

Rabu Yang Ringkas

Macam yang semua orang tahu, hari ni hari Rabu. Jam satu petang tadi aku pergi jemput mak aku kat tempat kerja dia. Tengah hari tadi memang hujan lebat gila. Oleh kerana aku pandai berfikir walaupun tak masuk UITM, aku guna kereta untuk ambil mak aku. Kalau aku jemput mak aku naik motor, dah tentu la mak aku lebih mudah mendapat sakit seperti selsema disebabkan terkena hujan. Aku mungkin tak selsema sebab aku gagah sikit. Kononnya.

Pukul lima petang macam tu, hujan sudah mulai reda. Aku yang sebenarnya tak mandi dari pagi telah mengambil keputusan untuk mandi dan menunaikan apa yang wajib ditunaikan. Itu pun setelah disuruh oleh mak. Maaf aku teruk. Lepas pada itu, Amir ada tegur aku kat Facebook ajak aku keluar ke Jalan 4 untuk melepak dan main timbang-timbang bola. Memang hampir setiap hari aku dan rakan-rakan keluar melepak di Jalan 4. Kalau hari Khamis pula kami akan pergi pasar malam berdekatan sambil usha gadis jual yongtaufu yang sedang menggunting fish ball.

Dalam pukul enam petang tadi, aku bersama motor pemberian abah aku telah pergi ke Jalan 4 dengan niat nak melepak dan menimbang bola. Takde langsung rasa nak usha gadis benggali yang kadang-kadang ada teman anak kecilnya bermain di taman. Malangnya bila tiba saja di Jalan 4, seorang kawan pun takde. Bukan setakat kawan, orang lain yang bukan kawan pun takde kat situ. Selalunya riuh juga la taman tu dengan hiruk pikuk suara kanak-kanak bermain riang. Dan lagi aku kecewa bila Amir yang tadi beriya-iya ajak aku ke Jalan 4 pun takde kat sini.

Aku tak marah. Aku rilek. Maklumlah baru lepas hujan. Mungkin ada yang masih berselimut agaknya. Mungkin juga ada yang membantu ibu mereka dengan membuang air dari alas pasu bunga kerana dikhuatiri ada pembiakan jentik-jentik. Aku cuba berfikiran positif. Aku dah bosan jadi antagonis. Oleh kerana aku bosan dan belum mengada nak main buaian sorang-sorang, aku ke Restoran Taqwa untuk membeli teh ais. Ya! Aku peminat tegar teh ais. Ini semua adik aku punya pasal sebab dia hampir setiap malam belikan aku teh ais. Itu pun jarang juga aku ucap terima kasih sebab dia tak bagi kat tangan aku. Dia letak dalam peti ais saja.

Lepas aku beli teh ais, aku terus pulang ke rumah. Aku buka ikatan teh ais tersebut. Bila dah buka ikatan mesti la aku rasa nak minum teh ais tu kan. Jadi aku secara semulajadi akan mulakan dengan bismillah. Aku sedut minuman tersebut dengan menggunakan straw berwarna hijau belang putih. Sedutan pertama, peh! Sikit lagi aku nak pergi Restoran Taqwa tu balik untuk minta penjelasan apahal dalam teh ais aku ada biji limau. Lagi satu apahal air teh ais ni tak rasa manis? Come on la oi! Kalau iya pun muka aku manis dan tak perlu gula lagi, jangan la sampai macam ni layanan kau terhadap aku.

4 comments:

Amal Hamsan said...

Mungkin juga ada yang membantu ibu mereka dengan membuang air dari alas pasu bunga kerana dikhuatiri ada pembiakan jentik-jentik.


HAHAHA

zahirlunatik said...

sebenarnya aku pernah buat benda ni. dulu. hihi

dobot said...

Mmg stok goyang kaki kat rumah laa ni. Haha! :D

zahirlunatik said...

aduh malu pulak rasanya