Friday, July 22, 2011

Saya ada kawan yang suka mengayat gadis tol

Sebenarnya kan tadi aku nak makan megi tau tapi ntah macam mana megi boleh habis secara tiba-tiba. Nak keluar beli oblong cheese tengah-tengah malam ni rasa macam ekstrim sangat la pula. Risau juga terlihat daun pisang melambai. Oleh kerana aku lapar dan malas nak fikir misteri kehilangan megi perisa kari tu, aku terus buka blog dan klik new post. Ada eloknya aku taip benda yang bukan-bukan. Mungkin mampu hilangkan sedikit kelaparan kat perut aku ni.

Tadi pukul 9 malam kan, aku ada pergi main futsal. Rasa macam ntah apa-apa bila main futsal awal ni. Dah la main pukul 9, lepas tu pukul 9 tu jugak baru nak ambil Shah kat rumah dia. Sampai kat tempat futsal, parking pula susah nak dapat. Kawasan futsal tu penuh dengan kereta. Tuan punya kereta pula bukannya main futsal tapi pergi kenduri kahwin berhampiran kawasan futsal tu. Mujurlah ada gadis-gadis berkebaya. Tak pasti pula berkain belah paras mana.

Eh eh berbalik kepada hal lapar tadi, aku memang selalu lapar waktu tengah malam. Selalunya aku akan makan megi dan biskut. Megi tu pula aku letak telur dan cili api. Kadang-kadang aku ada juga makan coklat lebihan adik aku yang dia letak dalam peti ais tu. Sebenarnya siap sorok lagi di celahan sayur sawi dan bayam. Aku ni pun bukannya penggemar coklat sangat. Minat gitu-gitu saja. Kira kalau ada saudara mara pergi Pulau Langkawi, taklah sampai aku nak kirim suruh beli coklat kat sana.

Kalau aku rajin sikit, aku akan keluar beli burger. Kalau pakai duit sendiri, aku hanya beli burger ayam biasa. Tapi kalau pakai duit mak aku, dah tentu aku beli burger special. Alah setiap gerai burger mesti ada jual burger special. Nampak sangat tak special kan bila ramai yang dah jual. Tambah telur pun kecoh nak bagi nama special. Kalau letak nama ‘burger istimewa’ pun rasa macam tak elok juga. Nak order burger pun sampai kena sebut panjang-panjang. Ada empat suku kata tu. IS-TI-ME-WA.

Petang tadi pula ada penangkapan mat rempit budak sekolah secara beramai-ramai di taman sebelah. Enjoi juga polis buat penangkapan tadi. Yang rempit ni pun satu hal apa jadah nak berlumba kat kawasan perumahan. Bangang oi bangang. Kan dah mendapat tak pasal-pasal naik trak polis berhimpit ramai-ramai. Dah la sebelum naik trak tu kau kena angkat motor sendiri masuk dalam trak. Letih juga nak mengangkat Yamaha 135LC tu.

Sebenarnya kan, aku pun pernah juga masuk dalam trak polis tu. Kalau tak silap masa tu baru habis SPM. Tapi aku bukan buat jenayah macam budak rempit tak habis sekolah dan patut kena duku tu. Aku buat kerja amal tolong cikgu pindah rumah. Suami cikgu aku tu polis. Dan aku pun lagi suka angkat pasu bunga siap dengan bunga kertas ke dalam trak dari mengangkat motor sendiri ke dalam trak. Anak cikgu aku tu pula macam cun sikit-sikit. Kot. Ah takde kena mengena.

Ok aku rasa macam dah takde benda sangat nak cerita ni. Ada eloknya aku pergi buat Horlick. Dengar kata benda tu kalau minum boleh buat kenyang. Terasa nak berak lepas minum Horlick pun betul juga. Pelawas agaknya. Eh ni lagi satu aku baru saja terbaca status seseorang yang art kat Facebook ni. Dia kata orang selalu tidur lewat ni sebenarnya seorang yang lonely. Nak kena cili ke bibir dia tu? Kemain lagi tau menuduh orang-orang macam saya ni. Benci lah!

18 comments:

shakinah said...

lepastu apa kaitan cerita kau lapar, mat rempit dan futsal dengan tajuk entri ni?

Anonymous said...

orang yang selalu tidor lambat orang yang lonely. goodnight

zahirlunatik said...

shakinah: bosan paham tak bosan?

anon: eh midi haip!

anaBELLA said...

hahaha...
sapelah yang x syg nyawa kate org yg slalu tdo lmbt ni lonely..

mendatak hijau said...

lari tajuk ko ni.haha

kueh bakar said...

ha ah la...kawan ko suka mengayat awek...hahaha.

kalo letak menu burger isti pun okeh..

'bang beger isti tu apa? bege spesel tak de ker?'

'beger isti tu beger istimewa..cintai bahasa kita dik'

hahahaha

Anonymous said...

sape yg mengayat ni dude.. kuar tajok la..

ama said...

hai zahir lonely. kah kah kah!

lilin said...

kalau buat karangan ni konpem dapat 0. lari tajuk abes. haha XD

Amal Hamsan said...

kenapa aku macam tersedak je ni jaher?

zahirlunatik said...

ana: mana ada orang tak sayang nyawa

mendatak: mentadak ke mendatak ni?

kueh bakar: cintai bahasa sebut jela penuh penuh

anon: nak cerita tercerita lain

ama: ntah bila masa

lilin: eh dapat jugak markah. cikgu aku baik

amal: alamak alamak kantoi haha

dobot said...

Hello lone ranger XD

Anonymous said...

hahha.. ko mmg selalu cam tu kan.=p

zahirlunatik said...

dobot: amboi citer p ramlee

anon: eh aku selalu macam mana?

Anonymous said...

selalu nk cite lain tp jd lain.. mcm cite pasal tahi dan jamban ari tue.. hahaha..

NEO said...

rasa macam komen post lain untuk post lain...huhu

zahirlunatik said...

anon: sori, ikut jari bergerak je haha

neo: jangan hiraukan sangat tajuk tu

Anonymous said...

hahhah..sori r rejected.no need la bro.it nice. n i like it..