Tuesday, February 28, 2012

Dolah dan peringatan dari maknya

Petang tadi Dolah bangun dari tidur pada pukul 4.50 petang. Ya, teruk perangai Dolah ni. Untuk mengelakkan Dolah dari menjadi lebih teruk, dia pergi mandi laju-laju. Lepas mandi, makan. Nampak mudah saja kehidupan seorang Dolah ni kan. Lupa nak cakap bahawa Dolah ni sebenarnya baru nak jadi dewasa. Kerja tetap pun belum ada lagi. Dari sudut ni kita boleh nampak yang Dolah ni bukanlah hebat sangat.

Dolah bosan. Dia buka Youtube. Dia cuba nak layan video gadis Korea menari ligat tunjuk peha putih macam taufufa. Dia cuba tapi internet dia lembab. Sebab apa lembab? Sebab dia tak bayar lagi bil bulan ni. Sebab apa dia tak nak bayar? Sebab dia takde duit. Sebab apa takde duit? Sebab dia tak bekerja la. Kasihan dia tau. Nak tengok peha molek pun tak berkesempatan. Elok juga, tak bertambah dosa. Tapi dia bangun tadi dah masuk Asar. Ini bermakna Zuhur dah tertinggal. Berdosa juga tu.

Dolah bosan. Internet lembab. Dia pergi ke sudut bacaan dalam bilik bujangnya. Dia gemar juga membaca. Baca komik. Ketika nak pilih bahan bacaan tu, dia ternampak kad jemputan perkahwinan atas meja. Ah! Terlupa pula bahawa esok kawan ketika dibangku sekolah dahulu bersanding. Kiranya esok dia dah ada aktiviti. Pergi kenduri sambil makan ayam masak merah adalah benda yang digemari oleh Dolah. Kalau ada gadis manis bagi bunga telur tu kira bonus.

" Mak esok kawan Dolah nak bersanding la. Ingat nak bagi hadiah. Hadiah apa yang elok ek?" Dolah bertanya pada maknya.

" Bagi je lah apa-apa. Jangan mahal sangat. Kau tu bukan berduit." Mak Dolah jawab sambil tengok filem Puteri Impian lakonan Amy Mastura.

" Kalau gitu Dolah bagi sejadah la kan mak. Ok jugak tu." Dolah bagitahu maknya apa yang terlintas di fikiran.

" Elok jugak tu. Alang-alang beli untuk kawan kau, beli untuk kau sekali. Boleh juga kau guna kan." Mak Dolah perli walau masih melayan Amy Mastura punya lakonan.

Dolah diam. Malam tu Dolah pergi pasaraya beli set pinggan mangkuk sebagai hadiah perkahwinan kawannya. Murah sikit. Agaknya. Heh! Perangai macam setan.

Saturday, February 25, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Mari memelihara ikan

Baru-baru ni aku ada pergi memancing di Konggo. Konggo tau, bukan Congo. Aku tak tahu kenapa nama tempat tu Konggo tapi sebenarnya sebuah empangan di kawasan Gombak. Sesiapa yang terer dan gagah pernah panjat Bukit Tabur mesti nampak empangan luas ni dari puncak Bukit Tabur. Dahulunya sebelum jadi empangan, kawasan tu adalah sebuah kampung.Pasir Berdengung iaitu sebuah nama tempat dalam cerita Laksamana Do Re Mi tu sebenarnya berlakon kat kawasan ni la. Orang cakap. Kalau orang tu tipu aku, bermakna aku tipu korang jugak la. Tapi tak kira berdosa la kan sebab aku pun kena tipu.

Dipendekkan cerita, kami dapat banyak ikan. Mungkin yang memancing hari tu terdiri dari muka-muka yang murah rezeki. Mungkin. Tak besar sangat ikan tu tapi sedap-sedap makan orang cakap. Yang paling besar pun ikan sebarau besar lengan anak dara sunti. Amir berminat nak pelihara ikan ni jadi dia pun bawa pulang. Kasihan ikan tu tau pening-pening dia dalam plastik berisi air empangan tu. Dah la sempit plastik tu. Berguling-guling dia dalam plastik tu.

Sampai saja kat rumah Amir, dia kelam kabut bersihkan akuarium buruk berlimut hijau dia tu. Dah siap bersihkan akuarium, terus dia letakkan ikan sebarau tu dalam akuarium. Gembira aku tengok ikan tu berenang riang bak ikan-ikan bebas di persada lautan. Alah! Sebenarnya tak bebas sangat pun kalau nak dibandingkan dengan tempat asalnya di empangan tu. Dah selesai semua tu aku terus pulang ke rumah. Letih juga badan ni. Dah la pergi Konggo tu 2 hari 1 malam, lepas tu tak tidur langsung. Dah la hobi aku tidur sejak dua menjak ni.

Keesokannya aku nampak Shah iaitu adik kepada Amir online Facebook. Aku lupa bagi salam, aku terus tegur dia kat IM.

" Wei amacam ikan sebarau semalam? Sihat tak?"

" Oh aku bangun tidur tadi dah ada atas meja makan. Masak stim. Sedap juga rupanya." Shah balas.

" Tahniah" Tu saja aku mampu cakap.

Thursday, February 16, 2012

Tugas berat kononnya

Minggu ni tugas aku di tempat kerja memang agak berat. Berat mengalahkan Rikishi. Aku dan rakan-rakan perlu mengemas stor. Yang stor tu pula berdekatan dengan tempat sampah. Ntah siapa punya idea la agaknya buat stor dekat dengan tempat sampah tu. Dasar 'sampah'! Celaka sungguh. Nampak sangat tak ambil diploma. Ni kalau mak aku tengok aku kerja teruk macam tu, mahu berlinang air mata dia membasahi pipi.

" Ah aku kalau ada awek ni, jangan harap aku nak kerja kat sini!" Zamri berleter sambil basuh tangan di sinki.

" Eh habis tu kau nak buat apa pulak?" Aku tanya.

" Dah ada awek, aku 'kerjakan' lah awek aku. Hahahahaahaha!" Zamri balas.

Aku tak gelak. Aku tak senyum. Aku basuh tangan kat sinki sambil usha muka Marion Caunter pada poster filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki yang tertampal di dinding. Aku turut basahkan bibir.


* Zamri bukan nama sebenar

Friday, February 3, 2012

Patah Seribu Hatiku

Wah wah wah! Masa kita kecil dulu kemain rapat lagi kan. Rapat sangat tau. Macam bibir dengan mikrofon. Ingat tak masa sekolah rendah dulu, awak selalu tumpang saya naik basikal. Sebenarnya saya yang pinjam basikal awak sebab basikal awak ada tempat duduk kat belakang. Jadi saya boleh bawak awak. Saya tak lah kuat mana pun masa tu tapi awak selalu puji saya sebab saya selalu pukul bola kuat-kuat masa main rondes. Melantun jauh bola tu. Padahal pakai bola tenis, memang la senang melantun. Awak pun selalu sokong saya masa tu sambil buat lompat bintang.

Pernah sekali tu kan, dalam perjalanan nak ke sekolah kita telah ditimpa hujan. Lebat betul hujan masa tu. Habis basah kuyup baju kita. Saya tengok warna pada lencana sekolah awak dah luntur. Jadi saya tunjuklah pada awak. Awak marah saya pula masa tu. Kononnya saya usha badan awak yang dalam kebasahan. Dia kata jangan usha dia sebab dia pakai baju putih. Hek eleh! Saya tak lah teruk sampai ke situ tau. Saya naif masa tu. Kalau tengok adegan bercumbu dalam filem mat saleh, saya tutup mata tau. Tapi saya ada juga tertengok dari celah-celah jari yang menutupi mata.

Sebelum nak UPSR, kita selalu belajar sama-sama. Awak pandai. Awak ajar saya macam-macam. Warna-warna pelangi tu saya hafal pun sebab awak. Awaklah yang ajar saya formula pelangi, Michael Jackson Kaya Hingga Beli India Utara yang terdiri dari warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Masa tu juga pertama kali saya tahu yang indigo tu sebenarnya adalah warna. Selama ni saya hanya tahu yang Indigo tu nama sebuah kumpulan yang popular dengan lagu Suraya dan lagu yang ada dalam iklan Rejoice tu. Lupa pula nama lagu tu.

Masa UPSR awak dapat 5A. Saya hanya dapat 4A. Masa tu awak nangis. Saya ingatkan awak nangis sebab gembira dapat 5A, rupa-rupanya awak nangis sebab saya tak dapat 5A. Masa tu awak nangis kat atas bahu saya. Kawan-kawan sekolah rendah yang ada masa tu semua usha je sambil berbisik sesama sendiri. Tahu nak mengumpat saja mereka tu. Cikgu Malik yang ajar kita subjek Sains tu sempat tangkap gambar kita masa tu. Gambar tu ada lagi kat dalam bilik saya tau. Saya tergelak tengok rambut saya dalam gambar tu sebab nampak berkilat sangat. Mesti pakai Brylcreem tu.

Dah naik sekolah menengah, awak masuk sekolah asrama. Kalau awak nak tahu kan, saya sedih gila masa tu. Sehari sebelum awak pergi sekolah asrama, kita ada lepak bawah pokok rambutan depan rumah saya. Masa tu kita derma darah. Derma darah pada nyamuk. Habis lengan dan betis awak jadi habuan. Awak pun satu hal, dah tahu rumah saya banyak nyamuk lagi nak pakai seluar pendek. Dah lah tak tutup aurat. Kesian saya dapat dosa sebab usha betis awak. Eh putih kan betis awak? Habis merah-merah betis awak masa kena gigit nyamuk tu. Untung nyamuk tu dapat gigit betis awak.

" Kat hostel nanti jangan pergi tandas sorang-sorang tau. Ajak kawan teman. Seram tau kat sana." Saya bagi nasihat.

" Eeeeee saja je nak takutkan kita tau." Dia balas manja.

Lepas dari hari tu, kita jarang sangat berjumpa. Saya belajar pun malas sebab takde awak. Selalunya awak yang paksa saya belajar. Kalau awak ada, mesti saya boleh hafal unsur-unsur berkala untuk subjek Kimia tu. Kalau awak cuti pun, awak jarang nak lepak dengan saya. Masa tu awak dah ada hobi baru. Awak belajar vokal dekat mana ntah. Itupun ayah awak yang misai tebal tu bagitahu saya masa kami terjumpa kat kedai santan. Suara awak sedap tau. Saya dah tahu lama dah. Dulu awak suka nyanyi lagu Cindai. Saya pun suka awak nyanyi lagu tu. Sebab apa saya suka awak nyanyi lagu tu? Sebab suara awak sedap.

Tahun berganti tahun. Kita dah renggang ya amat. Raya Aidilfitri tahun lepas pun awak datang rumah saya pada hari raya ke sebelas. Dah lah masa tu tak pakai baju kebaya. Awak pakai baju Uniqlo saja. Kalau dulu, sebelum solat raya lagi awak dah datang rumah saya makan rendang. Tak malu sungguh awak masa tu. Saya faham sekarang ni awak dah jadi penyanyi popular. Mana ada masa sangat. Kalau awak ada kat rumah pun, awak sibuk main gitar sambil nyanyi. Lepas tu upload masuk Youtube. Saya selalu juga tengok video-video awak untuk lepaskan rindu. Tapi awak rindu saya ke?

" Abang! Kak Shila anak pakcik ND Lala misai tebal tu masuk majalah lah. Ni adik beli ni." Adik aku panggil.

" Oh yeke? Meh sini abang tengok."

Ya. Memang gambar awak, Shila Amzah. Saya tak selesa panggil awak Shila. Dulu saya panggil awak Shi saja. Saya bertambah tak selesa bila tengok gambar awak dengan lelaki lain dalam majalah tu. Kononnya kekasih awak. Ok bukan tak selesa sebenarnya tapi rasa kecewa. Kecewa sangat. Bergambar dengan lelaki tu dah satu hal, lagi satu hal yang awak bergambar untuk majalah nama buah-buahan tu kenapa? Teruk tau awak ni. Kalau majalah macam FHM kan lebih elok tu. Tak pun Cosmopolitan.

" Tak hensem kan boyfriend Kak Shila ni?" Adik aku bagi komen.

" Susah kalau orang tak tahu nak bezakan kaca atau permata ni dik." Aku bagi sepatah dua kata pada adik.